untuk pengetahuan semua, bulan2 yang lepas saya agak bermasalah ketika monthly check up ni.yela 1st time peknen kan.saya tak tau lagi cara yang betul dalam pengambilan makanan,cara tangani stress ketika mengandung, pokok pangkalnya memang zero la kan.hehe..
ok,macam mana nak tau kita mengandung ke tak?simple je.ada orang cakap ada tanda2 awal macam payudara sakit,rasa lelah berlebihan,mual,sering buang air kecil,sakit kepala,etc..tapi bagi saya kadang2 bila kita dalam keadaan terlalu berharap untuk mengandung,kadang2 kita ter'psiko' gak.dan2 la kita rase semua tanda2 di atas.tapi tanda yang paling besar ialah bila kite miss period.kalo tanda ni dah ada, cepat2 la gi beli pregnancy test kit.senang je nak dapat sama ada cari kat farmasi atau pun beli je kat guardian.
ok.ni contoh pregnancy test kit..
first time saya buat kad pink tu masa kandungan berusia 9 minggu.misi puji sebab datang awal.misi cakap ibu2 muda memang bagus sebab suka datang awal.masalah bagi ibu2 yang agak berusia ialah suka datang lambat.kadang2 sampai baby dah bergerak2 baru datang klinik.jadi, tanpa sedar kita dah 'berhutang' zat2 penting ngan baby.ye x?kan bila kita gi klinik misi akan bekalkan dengan iron tablets, vitamin B complex and folic acid(kegunaan vitamin2 ni nanti saya explain dalam next entry ok).bila kita tak ambik sume tu maka berhutang la kita ngan baby sebab tu memang hak dia kan.ok,berbalik pada my 1st monthly check up.mase tu semua masih normal.berat badan, Hb, blood pressure, semua2 la.dan syukur jugak saya xdela alahan yang teruk sangat.cuma sesetengah makanan saya tak boleh makan hatta bau pun x boleh.masak pun saya bercuti sekejap.masa tu merasa jugak la makan lauk kedai hari2(sampai naik muak tekak ni dek kerana suami suka beli lauk sama hari2,haha).tapi x sampai sebulan pun,then saya dah ok sikit.leh la jalankan tanggungjawab sediakan makanan suami hari2.alhamdulillah.
ni kad pink untuk monthly check up
di samping pemeriksaan kesihatan, pemeriksaan gigi pun penting gak time mengandung ni.sebab kita akan berkongsi kalsium ngan baby nanti kan.so, awal2 ni kena make sure gigi semua dalam keadaan baik lah.lagipun time mengandung ni la dapat pemeriksaan and rawatan gigi percuma.hehe..tapi harus diingat, perasaan ngilu ibu2 mengandung ni lebih sikit dari orang biasa.ni dentist tu sendiri yang cakap.tapi memang betul pun.terpejam2 mata menahan ngilu.huhu
ni pulak kad untuk perkhidmatan pergigian..
time mengandung jugak jangan lupa minum susu ok.
ni susu yang saya minum.S-26 Mama..ade DHA, Calcium, Iron dan Folic Acid
banyak susu untuk ibu mengandung ni kat pasaran.ada anmum materna,mamil mama etc..terpulang la kite nak guna yang mana.before this saya pernah try anmum.tapi maybe x sesuai kot.lepas minum je saya jadi pening.then,my SIL cadangkan minum susu S-26 ni.memang best la sebab perisa vanilla..nyum3..ha..lupe pulak.susu2 ni biasanya bukan untuk ibu mengandung saje tau..ia jugak sesuai untuk breastfeeding mothers=)..so,lps beranak ni leh la sambung minum lagi..harga pun affordable la.worth buying la omputeh cakap..
ok..untuk monthly check up kali kedua..jeng3..di sini masalah pun bermula..berat saya masih statik cam bulan lepas and tekanan darah pun agak rendah.misi set kan tarikh untuk saya datang ke klinik setiap 3 minggu plk untuk monitor berat badan saya.sebab?takut baby ada problem dan tidak membesar.kalau next check up berat badan masih statik, so saya kena refer Dr.aiseh..saya rasa maybe sebab sebelum tu saya agak stress dan senang sangat nangis.menurut ibu mentua saya,ibu mengandung ni memang kena pandai kontrol emosi.jangan terlalu ikut perasaan atau lebih tepat mainan perasaan.kena banyak2 mengaji,solat sunat dan paling penting sentiasa berdoa mohon Allah jauhkan pemikiran2 jahat dari hati kita. di samping tu saya juga dah start extra doublekan pemakanan saya.sebab misi kata saya tak cukup makan lagi.apa lagi pulun sakan la saya makan.hehe..keluarga mentua pun kerap datang melawat dan bawakkan makanan berkhasiat.thnx sume=)..
hasilnya,3 minggu kemudian berat saya dah naik 2.5 kg.tapi tekanan darah masih rendah(tapi dah naik dari yang lepas).misi cakap ok kot walopun sepatutnya pertambahan berat badan adalah 0.5kg bagi tempoh masa sebulan.tapi maybe sebab dah 2 bulan berat saya statik,so masih normal la.
then, saya ada appointment untuk repeat scan untuk tau paramater baby.alangkah seronoknya masa scan tu nampak bentuk tubuh baby.Dr cakap my baby sangat aktif dan asyik bergerak2.alhamdulillah..tup2 Dr tanya nampak x baby saya 'punya'.terkejut jugak sebab biasanya x nampak lagi kan.so, Dr ambik picture tu suh tunjuk kat husband.hehe..so sweet..untuk pengetahuan time tu kandungan saya 16 minggu.tapi hasil scan ni masih belum pasti lagi la..
sayang..ummi x sabar ingin melihat kau lahir ke dunia ^_^
next check up pulak,problem jadi makin besar..berat badan saya sudah tidak terkawal.naik lagi 3kg dalam masa 3 minggu.misi dah x senang duduk.saya apatah lagi.huhu..carta berat sepatutnya dalam tempoh 4bulan kehamilan,berat badan perlu naik 2.0kg sahaja.(0.5kg setiap bulan).tapi saya dah naik 5.5kg.berat saya dah terlebih sebanyak 3.5kg.alamak.Hb saya pun dah turun dari normal (Hb normal 11.0 and above).nanti next2 entry saya cite apa masalah yang mungkin timbul bila Hb terlalu rendah.nak tak nak saya perlu direfer pada Dr.sebab ada 3 kemungkinan bila mana berat ibu naik mendadak;
1) baby besar dari sepatutnye
2) air ketuban banyak
3) tanda2 awal kencing manis
so, saya dinasihatkan jaga pemakanan iaitu patuh pada piramid makanan, banyakkan makan makanan yg mengandungi zat bezi seperti kerang, hati dan sayuran hijau..secara automatik bila menyedari risiko yang bakal saya hadapi,selera makan saya berkurang dengan sendirinya.suami pun banyak berikan dorongan.no more makan mewah2 waktu malam.hehe..and for breakfast,saya x makan nasi lemak, nasi minyak dan makanan2 berat yang lain.saya just ambik roti+jem sekeping dua and susu.waktu tengah hari lak saya x ikutkan sangat nafsu makan saya yang asyik mintak tambah nasi je.untuk malam pulak saya makan bihun atau ganti ngan roti.kalau ambik nasi pun sikit saja.
suatu hari tu misi datang melawat umah saya.bagus misi2 kat klinik desa yang saya pegi tu.sangat mesra dan tak lokek ilmu.hasil diskusi kami, baru saya tau..
dalam sehari;
- ibu mengandung kena ambik 5 cawan nasi
- lauk pulak kalo ikan sederhana besar tu 2 ekor
- semangkuk sayur
- 2 biji telur
- sepotong buah (kalo buah2 kecik cam duku tu dalam 5,6 bijik)
- kalo ada yang saya terlupa sila tambah ok=)
tapi x semestinya kena cukup 5 cawan nasi.depends la kalo kite nak ganti ngan roti dan bihun, so leh kurangkan nasi.kena pandai2 la ganti2 ni..
berkat usaha saya dan dengan keizinan Allah SWT,alhamdulillah hari ni semua2 masalah tu dah ok.tapi rase lenguh dah bahu belah kiri sebab injection tadi, untuk cegah kancing gigi.ok la..dah panjang lebar ni..sayonara..salam=)

0 comments:
Your comment / Pregnancy Progress