Assalamu'alaikum

Buat permulaan..ku titipkan sebuah sajak untuk tatapan semua yang sudi membaca..

Harga Sebuah Pembangunan

Rakusnya tangan-tangan itu
Mencakar bumi yang tidak bermaya
Merobek segala isi-isinya
Membawa keluar segala khazanahnya

Tidak adakah sekelumit rasa bersalah
Tatkala tangan-tangan itu dibiar meratah
Meranapkan pepohon yang dulunya melambai indah
Membawa pergi riangnya suara unggas

Bila langit umpama atap yang ketirisan
Tak mampu menaung dari teriknya suria
Angkara racun yang kita hadiahkan
Saban hari tanpa kasihan

Bila sungai dan laut berarus pincang
Isi-isinya adalah sebuah kehancuran
Punah dek kerana kelalaian
Khalifah yang sering terlupa peranan

Bila bumi ini tak lagi mampu bertahan
Bencana alam yang dahagakan korban
Tubuh-tubuh kaku yang bergelimpangan
Itukah harga sebuah pembangunan?


« Previous
 

0 comments:

Your comment / Assalamu'alaikum